Rozita Che Wan yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Shahir ni telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya pada hari isnin yang lalu.Pada awalnya Rozita Che Wan hanya mengadu sakit kepala dan cuba mendapatkan rawatan tetapi akhirnya Rozita terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai menghidap hepatitis.
Menurut sumber, hasil pemeriksaan doktor, Rozita Che Wan telah menghidap hepatitis dan dia terpaksa ditahan di Hospital untuk rawatan dan pemantauan.
“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan.”MyGosip harap Rozita Che Wan tabah menghadapi dugaan ini dan marilah kita sama-sama mendoakan agar Rozita Che Wan segera sembuh seperti biasa.
No comments:
Post a Comment