Saturday 11 June 2011

Pekida Mahu Saman Syamsul & Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit


pekida saman kl gangster
Sila jangan gelak kerana ini perkara serius. Pekida dilaporkan ingin menyaman dua pengarah filem kongsi gelap iaitu Syamsul (KL Gangster) dan Farid Kamil (Kongsi) kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan di dalam pertubuhan mereka. Maknanya menerusi kedua-dua filem ini, rahsia Pekida bukan lagi rahsia. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata:-
Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri
Abang Nara tak tahu sama ada boleh saman atau tidak atas kes ini sebab Finas telah pun meluluskan tayangan filem Kongsi dan KL Gangster. Disebabkan Abang Nara bukan lawyer maka Abang Nara pun tak tahulah bab-bab perundangan ini. Mungkin hal ini boleh dibincangkan dari hati ke hati antara pihak-pihak yang terbabit. Jangan ada benci (bak lagu Casey).

Sesungguhnya Abang Nara respek dengan kata-kata Yusof Haslam yang menunjukkan ketegasan dan kemachoannya:-
Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam. Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan. Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini,
Akhir kata, Abang Nara dah pergi tengok filem KL Gangster semalam. Daripada 5 bintang, Abang Nara bagi 4 bintang. Nantikan review lengkap filem KL Gangster petang nanti. Sekian pesanan daripada Abang Long Nara Kampung Kerinchi.

No comments:

Post a Comment