Saturday 11 June 2011

Pekida Mahu Saman Syamsul & Farid Kamil Kerana Dedah Perkara Sulit


pekida saman kl gangster
Sila jangan gelak kerana ini perkara serius. Pekida dilaporkan ingin menyaman dua pengarah filem kongsi gelap iaitu Syamsul (KL Gangster) dan Farid Kamil (Kongsi) kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan di dalam pertubuhan mereka. Maknanya menerusi kedua-dua filem ini, rahsia Pekida bukan lagi rahsia. Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata:-
Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri
Abang Nara tak tahu sama ada boleh saman atau tidak atas kes ini sebab Finas telah pun meluluskan tayangan filem Kongsi dan KL Gangster. Disebabkan Abang Nara bukan lawyer maka Abang Nara pun tak tahulah bab-bab perundangan ini. Mungkin hal ini boleh dibincangkan dari hati ke hati antara pihak-pihak yang terbabit. Jangan ada benci (bak lagu Casey).

Sesungguhnya Abang Nara respek dengan kata-kata Yusof Haslam yang menunjukkan ketegasan dan kemachoannya:-
Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam. Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan. Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini,
Akhir kata, Abang Nara dah pergi tengok filem KL Gangster semalam. Daripada 5 bintang, Abang Nara bagi 4 bintang. Nantikan review lengkap filem KL Gangster petang nanti. Sekian pesanan daripada Abang Long Nara Kampung Kerinchi.

Review Filem KL Gangster, KL Ini Abang Nara Yang Punya


review filem kl gangster
Memang langsi. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan apabila tamat menonton filem KL Gangster. Semalam Abang Nara sempat bermidnight movie dengan isteri cinta sebab nak support filem tempatan. Memang penuh panggung Cineleisure sampai Abang Nara dapat seat paling depan sekali. Hebat sungguh penangan cerita KL Gangster ini.

Apa-apa hal Abang Nara bagi rating filem ini 4 bintang daripada 5. Kalau anda pernah tonton filem Kongsi dan kecewa dengan tahap kegangsteran filem Kongsi, sememangnya filem KL Gangster adalah filem untuk anda. Darah, aksi tumbuk menumbuk, aksi tembak menembak, dialog yang mantap dan lakonan yang awesome daripada pelakon-pelakonnya sememangnya akan membuakkan nafsu gangster anda.

Mungkin satu perkara yang mengecewakan Abang Nara ialah lakonan Syamsul Yusof yang agak pelik. Sebabnya Abang Nara tak tahu Syamsul Yusof nie orang Cina atau orang Melayu dalam filem ini. Kadang-kadang skrip macam orang Melayu tapi nampak gaya macam orang Cina. Agak confuse tapi itu tak berapa penting sangat. Lakonan paling mantap sudah semestinya daripada Zizan Raja Lawak yang menyerikan filem ini dengan lawak-lawaknya. Good job Zizan.

Secara jujur Abang Nara nampak filem KL Gangster ini sememangnya boleh cecah kutipan RM10 juta. Kekuatan filem KL Gangster ialah pada keberanian Syamsul untuk mengarahkan filem pertama yang benar-benar menceritakan kehidupan gangster di Kuala Lumpur. Mutu lakonan pun mantap jugak. Jalan cerita pun boleh tahan dan tidaklah tergantung sangat macam filem Kongsi.

Kelemahan filem ini ialah semasa adegan berlawan aksinya nampak macam terlalu pantas. Mungkin ini disebabkan Abang Nara duduk seat paling depan sekali jadi titik fokus sudah lari. Kalau anda dah tonton filem ini dan berjaya duduk di seat belakang, sila bagitau Abang Nara sama ada masalah pengfokusan ini hanya berlaku untuk mereka-mereka yang duduk di hadapan sahaja. Selain daripada kelemahan ini, Abang Nara this is one of the best Malay movie yang Abang Nara pernah tengok.
Tahniah kepada Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem sebegini walaupun kini berdepan kemungkinan disaman oleh Pekida. Good job Syamsul.

Friday 10 June 2011

Mila Kunis and Justin Timberlake di MTV Movie Awards















Semasa MTV Movie Awards penyampaian untuk Best Male Performance, Mila Kunis dan Justin timberlake telah melakukan aksi yang luar biasa di mana masing-masing telah memegang aset pasangannya.

Gambar Nera AF9 yang Seksi dan Berbikini

Wah, belum lagi habis Akademi Fantasia 9, Nera AF9 atau nama sebenarnya Queennera Francine Francis Kitingon sudahpun hangat diperkatakan apabila gambar seksi Nera dan gambar dia berbikini tersebar di internet. Ramai juga yang tidak tahu yang Nera sebelum ini pernah memasuki pertandingan Miss Earth Sabah 2010 dan sekaligus melayakan dia menyertai Miss Earth Malaysia 2010.



Dalam pertandingan Miss Earth Sabah 2010, Nera AF9 telah berjaya mendapat tempat kedua bersama gelaran Miss Earth-Water, Miss Natural Beauty Groom 2Life and Miss Facebook Favourite. Jadi tidak hairan la gambar Nera dengan gaya seksi menawan serta gambar Nera berbikini tersebar didunia internet ni. Buat peminat-peminat Nera AF9 ni. jom kita layan gambar nera AF9 yang seksi dan berbikini kat bawah ni...
nera af9 seksi
gambar nera af9 berbikini
gambar seksi nera af9
nera af9 seksi
nera af9 seksi
gambar nera af9 yang seksi
gambar nera af9 yang seksi

Thursday 9 June 2011

Rozita Che Wan dimasukan ke Hospital akibat hepatitis


Rozita Che Wan yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan Shahir ni telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya pada hari isnin yang lalu.Pada awalnya Rozita Che Wan hanya mengadu sakit kepala dan cuba mendapatkan rawatan tetapi akhirnya Rozita terpaksa ditahan untuk pemeriksaan lanjut kerana dipercayai menghidap hepatitis.


Menurut sumber, hasil pemeriksaan doktor, Rozita Che Wan telah menghidap hepatitis dan dia terpaksa ditahan di Hospital untuk rawatan dan pemantauan.
“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan.”
MyGosip harap Rozita Che Wan tabah menghadapi dugaan ini dan marilah kita sama-sama mendoakan agar Rozita Che Wan segera sembuh seperti biasa.

Datuk Siti Nurhaliza miliki Kondominium Mewah RM20 juta

Wah, Terkejut sekejap MyGosip bila mendengar Datuk Siti Nurhaliza membeli penthouse mewah dihadapan KLCC dengan harga lebih RM20 juta. Ada gosip-gosip yang mengatakan penthouse mewah tu adalah hadiah harijadi yang ke-32 daripada Datuk K kepada Datuk Siti Nurhaliza. Kalau betul la gosip tu. memang sangat bertuah la Datuk Siti Nurhaliza ni kan. Hadiah harijadi sampai berjuta-juta.



Betul atau tidak Kondominium mewah itu adalah milik Datuk Siti Nurhaliza masih lagi menjadi tanda tanya. kita tunggu je la Datuk Siti Nurhaliza bagi komen mengenai gosip ni nanti. Tapi sudah ada jiran-jiran tetangga yang ternampak Datuk Siti Nurhaliza dalam lift menuju ke tingkat 40 keatas dekat kondominium mewah tu.
Apa-apa pun MyGosip tumpang bangga la. ada jugak Celebrity Malaysia yang tinggal kat kondominium mewah yang beharga puluhan juta ringgit ni. Duduk depan KLCC lagi tu. Ada ura-ura mengatakan penthouse mewah Datuk Siti Nurhaliza tu terletak di kondominium The Troika. Jom layan gambar kat bawah...
rumah baru siti nurhaliza
rumah siti
rumah siti nurhaliza
kondominium siti nurhaliza
penthouse mewah siti nurhaliza